ADAKAH KITA MULIA?

June 10th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

abdulmuhaiminali.blogspot.com

Bookmark and Share

KEMALUANKU- THINK POSITIVE

June 8th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

abdulmuhaiminali.blogspot.com

Bookmark and Share

luka lama berdarah kembali!

March 12th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

http://abdulmuhaiminali.blogspot.com/

Bookmark and Share

hatiku diusap lembut

February 13th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

http://abdulmuhaiminali.blogspot.com/

Bookmark and Share

i’m a total loser

February 11th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

http://abdulmuhaiminali.blogspot.com/

Bookmark and Share

aku xnak pakai lagi cxxi

January 30th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

http://abdulmuhaiminali.blogspot.com/

Bookmark and Share

tiada lagi lafaz itu

January 29th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

http://abdulmuhaiminali.blogspot.com/

Bookmark and Share

akan aku telan

January 27th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

assalamualaikum,

aku sangka aku boleh menelan itu dengan mudah. tapi sebenarnya, itu tidak semudah yg disangkakan. aku igt perkara itu akan berlalu umpama berlalunya gumpalan awan hitam. namun begitu, hujan itu aku tidak tahu bila ia akan berakhir. aku biarkan masa yg menentukan bilakah ada angin yg cukup kuat utk meniup awan itu. aku berbohong kepada kawanku di balik senyuman kelat yg mampu aku ukirkan. tapi dalam hati ini, penuh rintihan dan kegelisahan. namun, ada juga yg dapat membaca hatiku.

aku sedar itu adalah normal untuk jatuh tersungkur dan kecewa. aku sedar itu adalah  biasa untuk bermandikan hujan kesedihan. namun begitu, aku sedar aku manusia biasa yg ingin jadi istimewa kerana adanya islam dalam diri aku. aku mempunyai dahan yg sangat kukuh utk aku berpaut. aku mempunyai kelopak mata yg cukup kuat untuk menghalang titisan air mata dari jatuh ke tanah. aku mempunyai mulut yg cukup besar untuk menelan ujian ini. aku hanya mengharapkan pimpinan dari ALLAH.

kadang2, aku terasa ingin berjanji pada diriku untuk tidak akan menyerahkan hati aku kepada siapa2 pun selepas ini. aku terasa ingin kunci pintu hatiku rapat2 dan tidak membenarkan siapa2 pun membukanya. aku akan menengking kasar siapa yg cuba membuka pintu itu. tapi aku sedar, itu hanyalah perbuatan bodoh dan bahalul yg hanya dipandukan oleh pemikiran yg kurang matang. aku perlu menarik nafas dalam dan membuka mataku seluas mungkin. aku akan memerhatikan setiap langkah yg aku ambil untuk tidak jatuh tersungkur lalu dipijak oleh kekecewaan.

pergilah dikau, pergilah dikau. aku reda dgn semua takdir ALLAH dan itulah sebaik-baiknya.

mohd faris romli, sahabat aku yg telah lama aku kenali. sejauh mana aku kenali dia. aku tidak pasti. yg aku pasti aku mencintai dia kerana ALLAH. aku berharap, aku mampu mencintai dirinya seperti aku mencintai diriku. maafkan aku, aku tidak mampu untuk menolong kau ketika kau susah. kini, kau di hospital dan aku dalam keenakkan di ruma bergembira tanpa memkirkan kerisauan aku di sana. maafkan aku, aku terlalu lemah. hanyalah secebis doa murah yg mampu aku kirimkan. aku berdoa agar kau diberikan kebaikan di dunia dan akhirat.

salam ayam chicken hut aku dimakan org.

Bookmark and Share

kelipan mata

January 25th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

assalamualaikum,

mataku berkelip. kelip demi kelip demi kelip. apa yg sedang aku lihat aku tak pasti. kelip demi kelip lagi. aku tidak dpt bergerak. mungkin hilang semangat atau terkejut, mungkin juga terkedu. tapi entah, tiba jiwa aku kosong, tiada apa yg hendak aku rasakan, dan tiada apa hendak aku luahkan. hanya satu yg aku pinta, maafkanlah aku.

kebahagiaan itu ialah milik ALLAH dan akan pergi dan kembali dengan takdirnya. aku mampu berdoa dan berdoa dan terus berdoa. aku tidak tahu mengapa aku malas untuk bernafas, malas utk itu dan ini. tiba2 aku terasa bodoh dan bebal kerana tidak perasan jawapan yg ada jelas di mata. maafkan aku.

kelipan demi kelipan lagi. nafas demi nafas. namun aku ingin senyuman di wajah aku tetap ada. walaupun berat utk aku tarik senyuman namun kupaksa diri aku. namun, aku tetap igt, aku ialah milik ALLAH. aku hidup kerana ALLAH, aku mati kerana ALLAH, segala-galanya aku buat aku harap hanya kerana ALLAH.

aku perlu terus bernafas, aku perlu terus berkelip. biarlah segala yg berlalu dan aku minta ALLAH bg aku kekuatan utk reda. namun begitu, aku harap tiada sifat2 buruk dalam hati aku yg akan membiak. aku berserah segalanya kerana ALLAH. aku mahu belayar jauh utk mencari sinar baru utk kehidupan. hidup yg lebih baik dan sempurna insyallah. aku berdoa agar aku diberi kekuatan utk ujian yg aku lalui dan aku buat sehabis baik utk menghadapi ujian itu. ini adalah yg terbaik utk aku. maafkan aku. SELAMAT TINGGAL ABDUL MUHAIMIN ALI YG LAMA, AKU AKAN BENAR2 KEMBALI SBG ABDUL MUHAIMIN ALI YG BARU.

SALAM TUNA

Bookmark and Share

ujian ALLAH

January 25th, 2008 by abdulmuhaimin-ali

assalamualaikum,

setiap pagi aku bangkit dari kematian, aku tidak tahu apakah yg menanti aku di hadapan. adakah kematian, kecelakaan, rahmat dan keampunan ALLAH ataupun kemurkaan ALLAH aku seboleh-bolehnya hendak aku jauhi.

perjalanan aku ke rumah shakirah yg mengambil masa satu jam pengayuhan basikal sukar aku gambarkan. dari dublin 2 ke dublin 16, perjalanan yg singkat tetapi memenatkan tp byk mengajar aku erti hidup. telefon aku tercicir di perjalanan, apa yg boleh buat ialah tersenyum duka tetapi cuba mencari kekuatan untuk reda dgn ketentuan ALLAH. sebaik sahaja hampir sampai di rumah shakirah, aku terlihat wajah temanku, ameera syazana, lama sudah aku tidak berjumpa gadis ini. bertambah tembam dia, mungkin kerana ada hidup yg gembira. alhamdulillah segalanya aku panjatkan. dia masih seperti dulu walaupun aku di dublin dan dia di australia. gadis ini merupakan rakan sekelas aku di kolej mara banting dulu. byk  membantu aku dalam mengharungi hidup ini. terima kasih ameera. kau tetap membawa kebahagiaan kepada org lain. terima kasih aku ucapkan. perihal shakirah pula, seorang gadis kelantan yg pure kelantan menjadi pujaan ramai. hahahah, tapi aku rasa dia mempunyai kekuatan untuk menangkis semua itu. dia juga membawa senyuman dalam hidup aku dan byk mengajar aku tentang hidup ini. terima kasih shake. ape2 pun aku bersyukur kerana ALLAH beri aku kesempatan utk jumpa manusia sebaik rakan2 aku. ALHAMDULILLAH.

tentang soal cinta aku pula, aku akan terus bersabar dan berdoa apa yg terbaik utk aku. tapi hairan betul aku, kenapa tiap2 kali perlu aku bincang soal cinta hidup aku, adakah aku ni sgt bermasalah dlm hal ini? hahaha, aku pun tak tahu. aku rasa tenang sekarang kerana nyalaan cinta itu telah aku letak di dalam balang kaca dan aku biarkan dia menyinari hati aku. dengan itu aku berharap nyalaan itu tidak membakar jiwa aku dan selamat di sana. apa2 pun aku sentiasa berdoa agar ALLAH pimpin aku.

salam meehun sup umah cabinteenly

Bookmark and Share